Baru tadi saya membuka laman web rasmi Polis Diraja Malaysia . Terpampang slogan Tegas , Adil dan Berhemah . Minda saya ligat memikirkan dimana kerasionalan slogan itu apabila dikaitkan dengan isu panas semalam iaitu kisah penangkapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim . Dikhabarkan melalui Akhbar online Malaysiakini adalah seperti berikut ;
|
|||

- Kewajaran Polis menahan beliau pada 12.55tengahhari iaitu semasa beliau masih dalam perjalanan menuju Balai Polis sedang tempoh yang diberi sehingga pukul 2 petang. Jelas bahawa beliau ditangkap sebelum pukul 2 petang, bahkan Dato Seri Anwar berjanji dan mengesahkan akan datang ke Balai Polis yang ditetapkan.
- Kewajaran Polis menghantar pasukan bertopeng lengkap bersenjata seolah-olah Dato Seri Anwar adalah pengganas berbahaya yang mempunyai senjata.
Apabila dikaitkan isu dengan insiden penangkapan beliau (Anwar) , saya tidak ketemui kerasionalan slogan Tegas , Adil dan Berhemah.
Tegas
Memang kita akui mereka tegas , tapi kena tempat, dan tersilap waktu untuk bertegas sedangkan tempoh diberi sehingga pukul 2 petang.
Adil
Entahlah , dimana keadilan itu. Apabila janji tak ditepati . Janji yang dibuat dan dimungkiri oleh diri sendiri.
Berhemah
Dimanakah hendak dirasionalkan oleh akal akan sifat berhemah tersebut apabila cara penangkapan beliau (DS Anwar) seolah, menangkap pengganas yang lengkap bersenjata. Seolah-olah beliau pernah melakukan pembenuhan .
Kesimpulan
Melihat isu ini secara menyeluruh, saya tak tahulah dimana kredibiliti dan profesionalisme PDRM dalam menangani isu ini. Entah bagaimanalah mereka hendak membenarkan slogan yang dimomokan itu . Hanyalah sekadar slogan.
Saya melihat isu ini berbaur politik , dan kemungkinan ianya didalangi oleh orang-orang politik yang mempunyai kepentingan tertentu yang menyebabkan insiden yang pastinya merosakkan kredibiliti PDRM .
Kerasionalan saya menyatakan kemungkinan begini adalah, sekiranya PDRM tidak dicatur untuk bertindak secara bertamadun berikut , mana mungkin mereka akan memungkiri slogan yang indah mereka itu TEGAS , ADIL dan BERHEMAH.
Saya ingin memetik kata-kata Ketua Polis Negara
Laporan Malaysiakini , Berkaitan respon Ketua Polis Negara , Tan Sri Musa Hasan;
Penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi membantu siasatan polis berhubung tuduhan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, adalah sesuatu amalan biasa dalam siasatan kes jenayah dan dibuat mengikut proses undang-undang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Beliau berkata adalah menjadi amalan kepada semua pihak termasuk Anwar, selaku tertuduh untuk tampil dan memberikan keterangan bagi membolehkan polis membuat siasatan secara adil. “Polis tahu apa yang mereka lakukan dan polis hanya jalankan tanggungjawab bagi menyiasat kes ini,” katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di Sepang petang ini dari Brunei.
Beliau menyatakan ” polis tahu apa yang mereka lakukan” , “penahanan mengikut proses undang” . Saya tak pasti samaada KPN ini , tahu atau tidak apa yang dia cakap itu. Janganlah terlalu ego dengan kesilapan bertindak. Jangan sampai orang melabelkan polis sebagai PENIPU.
Apa yang kita harapkan isu ini ditangani secara adil . Kegelojohan dan ke’semberono’an polis bertindak sehingga memungkiri sendiri janji yang dibuat adalah tidak wajar.
Saya menyeru kepada semua untuk menjadi orang mempunyai minda yang berfikir. Pandangan saya bukan atas stand mana-mana parti politik, tetapi diatas stand peribadi , yang merupakan rakyat yang berfikir .
Jadilah rakyat yang berfikir , nilailah kewajaran sesuatu tindakan . Kita cinta keamanan , kita mahu polis berperanan dengan baik dan professional bukannya menjadi alat politik . Disebabkan menjadi alat politik inilah PDRM gagal membuktikan slogan Tegas, Adil dan Berhemah.
*komen KPN pun sudah didengar, penulis menanti komen Menteri Dalam Negeri , moga-moga jawapannya bertanggungjawab.
Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket dari Bahagian Siasatan Khas, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.










